SMK FARMASI BHAKTI KENCANA BOGOR

SMK FARMASI BHAKTI KENCANA BOGOR

Minggu, 25 Desember 2011

Pelajar Cemerlang


Pelajar yang cemerlang bukan saja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk dikatakan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua kualitas utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.
Kualitas pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Amanah
Pelajar yang cemerlang dapat dipercaya, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa berkata benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sadar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan waktu, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan waktu hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang agama. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan manfaat.
 Cerdas
 Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesehatan fisik, akal dan emosi diri. Ia juga menjaga pola makan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktivitas-aktivitas yang bermanfaat membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sehat, dan cerdas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktivitas-aktivitas yang didalaminya
Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komitmen kuat dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan kebulatan tekad terhadap perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang berteman. Ia juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ia sadar bahwa mereka yang bergelimang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 
Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar dari pada berkata-kata. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ia memberi masukan. Ingatannya juga kuat karena ia mempunyai kualitas yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerja dengan penuh minat dan tekun. Ia semangat belajar setiap mata pelajaran. Ia juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 
Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama yaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati kedua orang tua, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.
Sekian. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkahan dari Allah SWT. Insya-Allah.